Thursday 7 June 2012

Melaka Trip Part 2

Assalamualikum....

Kita sambung cerita percutian kami ke Melaka.

Lepas kuar dari Taman Rama-Rama, kami menuju pulak ke Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Tempat ni tak jauh dari Taman Rama-Rama. Theme park baru di buka, so jalan masuk mmg susah skit nak cari. Tapi landmark dia ialah Taman Botani, sebelum Zoo Melaka.

Pintu masuk.

Mesti pelik kan? Nape dtg jauh-jauh tp sibuk nak g mandi-manda kat theme park? Kami kan travel dengan kanak-kanak, so ini salah satu acara yang anak-anak saya suka. So why not? Ade juga yang bertanya, kenapa saya tak g kat A'Famosa Resort. Kat sana lagi best. Very simple, budget kami tak cukup banyak untuk melepak kat sana. Lagi pun A'Famosa Resort jauh dari bandar Melaka.

Okay ler, cherita plak pasal bayaran masuk dia. Kalau tengok kat website dia, harga tiket ialah RM30.00/adult, RM25.00/children during weekend. Tapi sebab saya merancang trip ni dari awal, saya dapat beli discounted tiket dari Livingsocial.com. So saya bayar RM18.00 for me & cik suami, manakala Miss Ainul plak RM15.00. Cik Raid free jer... Nak link Melaka Wonderland bule clik kat sini. Ni pulak link tuk Living Social, clik!

Mai layan gambar kami kat sane...

Ramai kan...?

Antara aktiviti yang menarik

Tak merasa pun....

Tengok je la yer....

Cik suami layan anak-anak.

Underneath giant mushroom

Mans in my life....

Mama ngan anak-anak

Nak juge....

See, how happy my son was...?

Mase mama bwk Cik Raid, tiba-tiba jer stuck tengah jalan....
Spoil betul tau....

Cik Raid yang tak tau takut...

Miss Ainul yang penakut...

Memang best kat sana walau tempat ni baru bukak. Pokok memang tak dan nak tumbuh ler, so agak panas. Kalau ikut nafsu ni memang la nak try sume mende, tp dek kerana bwk kanak-kanak ribena ni sume agak terbatas. Lagi pun malas nak g sewa pelampung. Lagi satu, Miss Ainul takut sume mende. Yang dia nak cuma main air dan mandi manda. Nak suruh naik slide pun siap kena bq rasuah lagi. Contra with Cik Raid. Bujang saya ni plak tak tau takut. Sampai mama & ayah yang naik takut. Slide tu kami ulang-ulang naik.

Kami enjoy kat Melaka Wonderland ni lebih kurang 2 jam gak. Dalam panas terik pun ramai gak orang layan main air ni. Pas kuar dari sini kami strait to Hotel Naza Tayyla. Penat ler.... nak rehat dulu. On the way cari hotel kami round bandar Melaka cari kedai aksesori keta tuk repair soket charger. Nasib baik jumpa. Owner tu cakap kena tukar, so tukar ler.... Melayang RM35.00.. hmmmmm

Sampai hotel sume pengsan.... Penat travel, penat main air. Lepas cik suami solat, saya pun BF si Raid sampai terlelap. Lame gak kami nap... heheheheh penat sangat la tu.... Petang tak de aktiviti lain. Tunggu malam je nak dinner. Dinner kami malam tu di taja oleh Mr Ng Meng Huat. Hehehehe jangan mare ye geng.... Memang ade call die sebelum g Melaka. Lagi pun die yang beriya nak belanja.... Rezeki jangan di tolak, musuh jangan plak nak cari.

Sebenarnya lupa nama kedai ni. Tapi ramai betul org malam tu. Sampai kena berdiri tunggu giliran.

Belakang tu ade bot nelayan. Kedai ni betul-betul kat jeti. Angin pun sepoi-sepoi je tau...

Ni la penaja tu....

Garlic butter prawn & clam ape ntah (Lupe la....)

Actually, Mr Ng Meng Huat ni Sales Manager tuk Melaka punye branch. Sesekali amik kesempatan ape salahnya kan...? Heheheheh thanks Mr Ng, kenyang kami malam tu. Kat Melaka, seafood ni diaorang makan ngan nasi lemak. Tapi kalau nak nasi putih pun ade gak..... Saya tak amik byk gambar sebab malu. Ye la, dah la org belanja, sibuk plak nak amik gambar makanan.

Lepas balik makan, terus ke hotel. Tak dan nak g mane-mane sbb dinner pun dah amik masa. Balik hotel pun dekat 10.30mlm. So aktiviti seterusnya ialah tido.....zzzzzzzzzz

Kalau nak tau aktiviti kita org on 2nd day, jangan lupa tunggu next entry yer.... babai.....

No comments:

Post a Comment