Wednesday 29 February 2012

Fluffy Mail have arrived!!!

Salam,

Last Thursday, fluffy mail yang ku tunggu akhirnya muncul juga... Yeay.... Nak tau ape yang beli online....?


The packaging. 

The items. 

Flat diaper from Swaddlebees. 

Double zip wetbag & suedecolth liner.

Hahahahahaha (ketawa jahat nampak...?) Bertambah lagi collection CD untuk Cik Raid. Berapa total sume...? RM76.00. Flat diaper RM40.00 (lowest in market), wetbag RM19.00, liner RM9.00 (3 pcs) and RM8.00 for postage. Seronok kan.....? But, more to come..... Klu dah sampai kang saya udpate lagi yer...

Until next entry... :)

Monday 27 February 2012

Nasi Ayam Penyet Mi Casa

Salam,

Kalau baca tajuk tu jangan la pulak nak g cari kedai tu ye.... Sampai pengsan kelaparan pun belum jumpa kedai tu. Nape...? Sebab Ayam Penyet tu saya masak sendiri... hhihihihih... mama masak nasi ayam la... Caya jangan tak caya. Ni aktivitiku di hujung minggu yang lalu....

Disebabkan saya dah cik suami ni suka sangat makan ayam penyet, maka saya pun berusaha mencari resepi. Abis ku 'kelebek' majalah Rasa yang ade kat umah, tak jumpa. Pastu cari plak kat internet, nasib baik jumpa. Saya jumpa resepi ni kat My Resipi.com. Nak link? jap saya cari balik yer.... Ok ni linknya.

Jom tenguk ape yang saya buat..
The preparation.
Ni untuk sambal die. Lagi pedas, lagi best... 

Ayam, tempe dan tauhu yang saya perap semalaman. 

Ayam tadi dah ku lumur ngan tepung beras. Ready to deep fry.

The outcome.
Ayam.. emmm yum yum... 

The sambal.... best siot... cuba lah.. 

My plate... ready to eat.

At last, jadi gak ayam penyet saya nie. Seronok betul tenguk cik suami enjoy apa yang saya masak. Len kali nak masak ape plak yer....? Any idea? Please share with me....

Okay, until next entry. :)

Friday 24 February 2012

It's Rainy Day

Salam,

Pic - dr abang google

Entry untuk Saturday, 17 Feb 2012.

Hujan dari pas Subuh lagi. Mama offday hari ni & decided to sambung tido ngan Miss Ainul & Cik Raid. Tapi ayah keje, so mama kena gak bangun. Tiba-tiba, tink...!! Mama baru ingat yang mama ade cuci Cik Raid punyer CD tp belum jemur lagi. Nasib baik ayah g keje bawak keta (walaupun kilang ade kat belakang umah jer....) So mama ade la ruang tuk sidai CD Cik Raid tu...

Ni la hasil yang Cik Raid wat tuk 2 hari.

Sedang mama sibuk menyidai, tiba-tiba rase cam ade mende kecik-kecik lalu belakang mama. Toleh kanan, toleh kiri macam tak de ape. Sekali mama jeling balik motor ayah, Cik Raid tengah testing air hujan ngan kepala dia. Oh my gucci...!!! Bile plak Cik Raid bangun & kuar nie....? Belum sempat wat ape2 Miss Ainul plak join. Mula-mula tu macam nak marah, tapi bila pikir balik, inilah mase tuk dia org rase alam kanak-kanak macam mama dulu. Main hujan, terjun dalam parit, main lecah, sume mama buat. Tapi anak-anak mama tak merasa tu sume pun.

Wah... seronok Miss Ainul ni tau... 

Go my boy..... 

See, how happy both of them....

So, mama biar jer anak-anak mama main hujan lebih kurang 10 minit. Puas gak nak pujuk Cin Raid tu masuk dalam. Miss Ainul langsung tak membantu. Ye la dia pun belum panah lagi main hujan cam gini. Pujuk punya pujuk, dapat gak bawak masuk budak 2 orang ni. Mama terus je mandikan Miss Ainul & Cik Raid. Takut demam. But there is a price to pay for this....


From abang google.

Both of u had a fever after that. Miss Ainul mula menunjukkan tanda-tanda deman on Sunday, after Maghrib. Monday Miss Ainul tak bule g school. Hari Selasa, Cik Raid plak demam. Demam panas sangat. Sampai mama & ayah bawak both of u g klinik. Kat klinik amik sample darah, takut demam lain plak. Selasa malam Rabu, Cik Raid makin panas, mama & ayah decided to go to HTAR. Rupa-rupanya antibodi Cik Raid reject ubat yang mama bagi tu. Nasib baik mase doktor kat HTAR bagi ubat, Cik Raid mula nampak tanda-tanda kebah. Alhamdulillah, takut gak Cik Raid kena tahan kat sana.

So, this gona be the last for both of you playing in the rain.

Until next entry...

Thursday 23 February 2012

Lunch @ Domino Pizza

Salam,

Hari ini mau update pasal aktiviti mencekik last Friday. Emmm... bos belanja coz bos kepada my bos tak de.... Paham..? Cam ni my bos (HOD Account Department) belanja coz bos die (our MD) tak de masuk opis. Skang, dah paham...? Bagus....

Actually, mula-mula tu ingat nak minta delivery jer. Tp kita org punyer ofis dah out of Domino punyer delivery area. So, kita org g je makan kat sana. Kalau ikut peraturan, Domino Pizza tak de dine-in punyer service, tp untuk keselesaan customer yg take away, dia org ade letak meja & kerusi untuk menunggu. Tp kita org belasah jer makan kat situ. Ade gak dia org bg paper plate & paper cup tuk kita org. So klu tak berapa selesa jgn le marah yer.... Domino hanya tuk delivery & take away ajer yer...

Ape pun, jom le layan gambar...

Kaunter 

 Option of menus.

Menanti dgn kesabaran. 

Masih lg menanti 

At last, stater box.

One of the pizza. 

My plate... emmm sume den belasah.... 

Plate Kak Ling (Smiley.....) 

Lets eat... 

Yulie & Sheeda. 

Si Peggy ni mmg tak leh tgk kamera, posing sesaje... 

Tak toleh kanan kiri dah... 

Me...  

 Yang nie, MUST TRY. Chocolate Lava Cake...
Heaven tul makan ni tau...

Kalau nak compare with Pizza Hut, kat sini pizza lagi best. Walau pun cam tebal jer die punyer crust, tp tetap sedap walau dah sejuk. Kat PH ade soup of the day & byk choice of pasta. Kat sini tak de sup, spageti & lasagna ade sejenis jer. Yang paling best kat sini, CHOCOLATE LAVA CAKE... emmm yum yum... (Cam nak lagi jer...)

Okay lor.... until next entry...

Monday 20 February 2012

Keguguran...?

Salam,

Terdetik kat hati saya tuk wat entry selepas dpt panggilan dari seorang sahabat baik yang keguguran setelah hampir 3 bulan mengandung. Lagipun early Feb ari tu, my SIL, Mas pun keguguran gak..

FAKTA KEGUGURAN.

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:Pemakanan yang tidak sihatMerokokHorman yang tidak seimbangJangkitan kumanMasalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada radiasi dengan banyakMengambil ubatan yang memudaratkan bayiDemam yang tersangat panasRahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :
  1. Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
  2. Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
  3. Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
  4. Keluar lendir yang berbau dari faraj
  5. Demam melebihi 38 darjah C
Selepas keguguran
  • Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
  • Jangan gunakan tampon
  • Jangan douche vagina anda
  • Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
  • Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
  • Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Dilatation and Curettage (D&C)

Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.

Hamil selepas gugur

Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

TANDA-TANDA KEGUGURAN.

Gejala dan tanda keguguran termasuk:
  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun
Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
  • Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
  • Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
  • Gigitan ular
  • Meminum cafin secara berlebihan
  • Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:
  • Terdedah kepada Komputer monitor
  • Hubungan seks
  • Senaman

p/s: Sumber dari http://portal.alamhamil.com/ . Terima kasih tuk informasi ini. Saya banyak membaca dari portal ini semasa mengandung dulu...

    Steamboat lagi...

    Salam,

    Entry kali ni sambung entry yang lepas.... Lepas selesai berkubang kat PADE, SIL ajak g makan. So, kita org ikut jer la. Kami g layan steamboat (lagi....) kat D'Kayangan Steamboat & BBQ. Kat mane? Betul2 bertentangan ngan Restoran Tupai-Tupai, Shah Alam.


    Mase kita org sampai ari tu, dia org baru jer bukak. Kami 1st customer on that day.  Disebabkan kami ade membawa kanak-kanak riang, kita org pilih tuk duduk kat dalam. Ade air-cond, best skit. Tapi terkejut la skit coz diaorag letak tong gas kat bawah meja. Selalu restoran steamboat pakai portable stove kan? yang ni tak? First time la den jumpa...

    Penah jumpa?

    Mase pelayan tu pasang api, aku cuak skit... Ye la, kami kan bawak kanak-kanak ribena yang tak reti duk diam kan... Aku takut terbalik jer dapur ni anak aku kerjakan... Nasib baik sume under control. Best gak makan kat sini, coz ade BBQ. Jadi merasa la den kambing bakar. Sos pun ok.

    So, mai la layan gambar....

    Banyak mende bule pilih... yg last tu le kambing gulek... 

    My prince, Cik Raid. 

    Ade contest, tp belum sempat nak join lagi... 

    Encik suami pun cbuk snap gambar gak ker...? 

    Klu tak wat cam nie, confirm tak de muka mama tau... 

    Dari BBQ punyer menu.. emm yum yum.. 

    Time to eat...!!! 

    Mihun tu Miss Ainul punyer... 

    Paman Apis layan Miss Ainul.. oooo jgn byk2 kang gemuk.. 

    Blogger jumpa blogger... snap sane, snap sini..
    Last skali muka sendiri paling skit... 

    Miss Ainul tlg amik gambar...

    Hampir 2 jam gak kita org melantak kat sini. Suka tgk encik suami ngan Apis duk ulang alik amik ketam... Makan ketam la best... Tapi kan, dah kenyang baru encik suami bg tau, best lagi makan kat Flamming... emmm. len kali ye bang... Ape-ape pun, makan buffet ni memang best kalau ramai-ramai yer... Setakat kami anak beranak, tak sampai 1 jam dah nak blah dah.

    Okay ler, thanks to Ija & Apis coz 'payung' kami makan kali nie... Len kali akak plak yer...

    Until next entry...

    Wednesday 15 February 2012

    Pusat Akuatik Darul Ehsan

    Salam,

    As my promise on last entry, saya nak cite plak pasal Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE). Last weekend kami + family SIL g kat PADE ni tuk main air. Main air? Ye la, nak kata kami swimming, sorang pun tak tau swimming. Nak kate mandi manda, best lagi mandi kat bilik air umah den. Klu g Ulu Yam ke Sg Congkak ke bule la panggil mandi manda kan...? Bg yang tak tau PADE terletak kat Seksyen 13, Shah Alam (sebelah Tesco Shah Alam).

    Kat PADE ade 3 kolam. Open pool, children pool & indoor pool. Indoor pool lebih kepada swimming with proper swimming suit (ala, yang seksi-seksa tu...) Lagi pun klu nak g indoor pool tu entrance fee len skit. Kita org g je kat pool yg kat luar tu ha.... Oh ya... entrance fee RM2.50 for adult & RM2.00 for toddler.

    Okay le... jom layan gambar

    My nephew, Haris Rifqi @ Iqi 

    Cik suami layan Cik Raid 

    Ni le SIL saya. Iza with hubby Apis 

    Gaya Miss Ainul nak swim. 

    Panas ye cik suami... ye la kami masuk kul 3.00 petang,
    mau nye tak panas... 

    Me with Ija + sons....

    Walau pun cuaca agak panas, ramai gak org kat situ. But, ptg tu tiba2 je hujan turun, maka bertabur la sume org cari tempat berlindung. Klu g cini nak bawak bekal cam nak g piknik tu pun bule. Kami ni yg 1st timer je yg tak tau. Saya cume bawak kek, roti, snack & air. Ye la, takut la tak bule nak bawak masuk kat area pool. Ade satu family tu siap bawak mihun goreng lagi.... Then ntah mimpi ape ntah, bule Miss Ainul sibuk nak minta  muhin org tu. Nasib baik bule lagi pujuk cakap org tu bwk sendiri, not for sale. Almost 1 & 1/2 hour gak kami kat situ. Best tau, len kali nak g lagi... Oh ya, bg yg nak belajar berenang, kat cini pun ade kelas & perkhidmatan sewa baju renang. Agak2 nak daring pakai 2 pieces bula la kut... heheheh

    Okay lor.... until next entry... 

    Tuesday 14 February 2012

    Moist Chocolate Cake

    Salam,

    Last weekend saya ade wat kek coklat for Miss Ainul. Ini adalah kek kegemaran dia. Di sebabkan lame dah tak buat, maka saya pun bangun awal (awal ker...?) tuk tunai kan janji ngan Miss Ainul nie. Pagi2 lagi dah terjah Econsave (walaupun depan umah den, jarang g tau....) tuk beli segala macam ingredients.

    Sampai jer umah Miss Ainul sibuk keluarkan segala macam gadget tuk mama. Nak tolong kate die.... (tolong nyibuk ade la). Bila kek adunan dah ready and saya letak kat pengukus, saya sambung plak masak tuk lunch. Tak sampai 5 minit, Miss Ainul dah tanye, "Mama, dah siap blum?" Laaa... tak sabor rupenyer anak aku ni ha....! After 1 hour baru la siap.....


     Ni la rupe nyer
    (Abaikan la kawah gunung berapi tu yer....)

     From other side...

     Dah siap packing.

    Yang saya packing kek sebenar nyer kami nak g berenang kat Pusat Akuatik Darul Ehsan. (Next entry yer...) Dah lama sgt tak g swimming, lagi pun saje SIL ajak g sana. Okay ler, sambung balik cite kek coklat nie... Miss Ainul punye suka sampai simpan tuk bawak bekal g shcool. Nak makan ngan kawan, kata nyer... Okay ler... mama pun pack la tuk die. Janji anak suka kan....? Okay, korang nak tau tak ape rahsia tuk wat kek coklat lembab nie... Rahsia nye ialah...
    o
    o
    o
    o
    o
    oo
    ooo
    oo
    o
    o
    o
    o
    o

    
     Pre-Mix Chocolate Cake!!!!!!

    Hahahahha... jangan mare ye geng.... Makcik ni tak niat pun nak tipu. Saje wat lawak jer.... Further more, saya ni bukan le pandai sgt bake @ wat kek nie.... Ha... kan senang, tinggal bancuh jer. Confirm jadi.... Ade gak cube resepi len tapi, dari kek jadi bingka... heheheh.. Tapi saya memang nak belajar lagi, cume ari ni tak sempat dah.... Lagi pun, menda ni dah lama simpan, kang berkulat plak kang... Len kali saya update lagi yer...

    Until next entry...